I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 12 February 2012

HANTU DALAM BOTOL KICAP

HANTU DALAM BOTOL KICAP
Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi, Ngeri
Tarikh Tayangan : 09 Februari 2012
Durasi : 78 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Pelakon: Mon Ryanti, Mikael Andre, Zalif Sidek, Wawa Zainal, Epy Raja Lawak, Azrul Anwar, Wak Dee, Maimon Mutalib dan Angah Raja Lawak



SINOPSIS HANTU DALAM BOTOL KICAP
Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut.

Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut.

Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

semalam..


semalam tgok cite ni.. kt ecmall.. midnight punya... hahaha.. klakar jgak la citer dia.. yg part akhir tu pun boleh la sedihnye.. nenek dia pgang patung siap pkai topi lagi.. wahahahahaha

gile bosan..

ske lagu iklan sos cili tu.. lgu dia mcm ni.. uyaya uyae uyaya uyae ulala ulalalala.. ulalalanana.. hentam je la lgu dia janji ade yg same.. hahahaha

bunyi jantung

Jantung yg disangkakan bunyinya DUB DUB DUB tu sebenarnya berbunyi RAB RAB RAB yang bermaksud Tuhan dlm Bhs Arab! Haza mazhul, Allahurabbi

Saturday, 11 February 2012

peperiksaan...

lagi seminggu je lgi sbelum periksa.. hadoi.. da la semua subjek priksa.. nk kata senang tkut susah.. nk kata susah takut x leh buat plak nnti msa priksa.. ishk.. ??!@#$^

Bagaimana 'Maaf' Dalam Pandangan Islam?


 

Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Kesalahan, kekhilafan adalah fitrah yang melekat pada diri manusia.

Rasulullah saw bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT".

Ini bererti bahwa manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT). Tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang menyedari kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya. Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin).

Allah SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(QS. Al-Imran: 133-134).

Ibnu Qudamah dalam Minhaju Qashidin menjelaskan bahawa makna memberi maaf di sini ialah sebenarnya engkau mempunyai hak, tetapi engkau melepaskannya, tidak menuntut qishash atasnya atau denda kepadanya. Quraish Shihab dalam Membumikan Al-Quran menjelaskan: Kata maaf berasal dari bahasa Al-Quran alafwu yang berarti "menghapus", iaitu yang memaafkan menghapus bekas-bekas luka di hatinya. Bukanlah memaafkan namanya, apabila masih ada tersisa bekas luka itu didalam hati, bila masih ada dendam yang membara.

Boleh jadi, ketika itu apa yang dilakukan masih dalam tahap "masih menahan amarah". Usahakanlah untuk menghilangkan noda-noda itu, sebab dengan begitu kita baru boleh dikatakan telah memaafkan orang lain. Islam mengajak manusia untuk saling memaafkan. Dan memberikan posisi tinggi bagi pemberi maaf. Kerana sifat pemaaf merupakan sebahagian dari akhlak yang sangat luhur, yang harus di ikuti bagi seorang Muslim yang bertakwa.

Allah swt berfirman: "...Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah."
(Q.S.Asy-Syura : 40).

Dari Uqbah bin Amir, dia berkata:
"Rasulullah SAW bersabda, "wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu."
(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).

Al-Quran memang menetapkan, bahawa seseorang yang diperlakukan secara zalim diizinkan untuk membela diri tapi bukan didasarkan balas dendam. Pembelaan diri dilakukan dengan penuh simpati seraya menunjukan perangai yang luhur, bersabar, memaafkan dan toleran. Ketika Matsah yang dibiayai hidupnya oleh Abu Bakar menyebarkan gosip yang menyangkut kehormatan puterinya, Aisyah yang juga isteri Nabi.
Abu Bakar bersumpah tidak akan membiayainya lagi. Tapi, Allah melarangnya sambil menganjurkan untuk memberika maaf dan berlapang dada.

(Q.S. an-Nur : 22). Dari ayat ini ternyata ada tingkatan yang lebih tinggi dari alafwu (maaf), aitu alshafhu. Kata ini pada mulanya bererti kelapangan. Darinya dibentuk kata shafhat yang bererti lembaran atau halaman, serta mushafahat yang bererti berjabat tangan. Seorang yang melakukan alshafhu seperti anjuran ayat diatas, dituntut untuk melapangkan dadanya sehingga mampu menampung segala ketersinggungan serta dapat pula menutup lembaran lama dan membuka lembaran baru.

AlShafhu yang digambarkan dalam bentuk jabat tangan itu, menurut Al-Raghib al-Asfahaniy "lebih tinggi nilainya" dari pada memaafkan. Dalam alshafhu dituntut untuk membuka kembali lembaran baru dan menutup lembaran lama." Let’s gone be by gone (yang lalu biarlah berlalu) bangunkan kembali masa depan dengan semangat yang baru. Kita selalu lupa, hanya kerana kesalahan yang telah dibuat orang lain, kita melupakan semua kebaikan yang pernah dibuatnya. Untuk itu, kita juga harus memperlakukan semuanya secara seimbang.

Yang terbaik buat kita hari ini adalah bersama-sama bangun kembali dengan semangat baru, ketulusan hati dan semangat persaudaraan. Jangan ada yang berkata: "Tiada maaf bagimu". Ahli hikmah mengatakan: Ingatlah dua hal dan lupakanlah dua hal. Lupakanlah kebaikanmu kepada orang lain dan lupakanlah kesalahan orang lain kepadamu.
Wallahu a’lam...


Inilah serba sedikit ilmu mengenai MAAF... nak minta maaf, bila-bila masa pun boleh kan? Tak semestinya nak kena tunggu Hari Raya... semoga ilmu yang ada ni memberi manfaat kepada diri saya dan sesiapa yang membacanya..

Thursday, 9 February 2012

berusahalah dgn ikhlas tanpa memikirkan untuk mndapat balasan/pujian/perhatian semata², kerana semakin tinggi keikhlasan dlm diri, semakin tinggilah balasan baik yg akan diperolehi dlm keadaan sedar atau tidak. percayalah bahawa Allah masih sanggup menolongmu.. belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA. belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI. belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH. belajarlah PERCAYA MEMPERCAYAI walaupun SUSAH.. tidak salah kalau kita berfikiran positif saja.. malahan, dapat pahala free ikut sunnah.. :)

Renungan..

KADANG² :

Kita buka semula diari semalam bukan kerana mahu menangis mengenang memori silam

TETAPI
...
Kita mengimbas kenangan semalam untuk tersenyum mengingati kesilapan lalu untuk dijadikan pengajaran berharga bukan untuk disesali

KERANA

Masa yang telah pergi tidak akan kembali tetapi kesilapan lalu mungkin masih boleh diperbaiki dengan kesedaran dan keazaman di hati.

FORMULA MENGUBATI MULUT CELUPAR DARI RASULULLAH S.A.W

Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?
Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.
 
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan,“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.
Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.” Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

Rahsia Personaliti Pada Huruf Pangkal Nama :

huruf A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata² pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan². Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin & kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita². Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E
Pandai & penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah & boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia & amat berhati² bila berbelanja.

huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas²an & sebaliknya suka bermalas²an ketika rakannya sedang tekun.

huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa² dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita² terlalu tinggi.

huruf I
Suka memendam perasaan & permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga & cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J
Ramah & murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan & tidak tegas.

huruf K
Pandai berjenaka. Hari²nya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia.

huruf L
Ramah & pandai bergaul & mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati² bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M
Pandai & kreatif, suka kelembutan & jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros & keras kepala.

huruf N
Baik hati & rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati & kurang percaya diri.

huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan & permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong & suka memilih teman.

huruf P
Pandai berjenaka & selalu ceria. Punya banyak idea & sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam & boros.

huruf Q
Setia & mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan². Keras kepala, sukar diatur & mudah emosi.

huruf R
Pendiam & bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai ² bersungguh² dalam mengejar cita². Suka mengkritik. ² sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai & tekun dalam mengejar cita². Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak².

huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas²an. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U
Suka berterus-terang & menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan & kurang pandai menyusun kata² jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita² yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W
Ramah & mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi & ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran & kelembutan.

huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung & tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y
Pendiam & tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z
Pandai berjenaka & menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu & gemar menonjolkan diri.