keputusan periksa memuaskan.. :( tpi yang sedihnya kena buat corrections banyak2.. gile la.. hahaha... x pe la kan.. boleh usahakan lgi.. erm. yg x puas hati ngan sekolah tu ade plak isu semasa.. adoi ! naik gila plak aku dbuatnya.. ishk.. ha ! pasal pngawas tu kan, dpat jdi pngawas percubaan baru.. alhamdulillah.. dapat jdi pngawas kjap pun dh berharga sangat la bgi aku.. walau pun x dapat lagi.. tempoh percubaan aku x tahu sampai bila.. 2 hari yang lpas aku dtgaskan jaga pagar.. ambil nama yang dtng lewat lah.. x kan cat pagar plak kan.. hahaha ramai gak la lebih sorang yg hadir lewat.. hehehe.. cikgu macam puas hati.. tpi x bagi abng dan kakak2 form 5.. hahaha diorang marah.. :P x kisah pun.. hari isnin ni cikgu kata cikgu bagi jadual untuk bertugas secara bergilir-gilir.. lagi satu , pada 5 ngan 6 mac ni sekolah adakan kem untuk pemimpin.. kat amansari, sg soi.. nak pegi.. macam best je.. dah la.. nanti2 je la cerita nya.. dah penat sangat dah ni tangan menaip.. bubai.. asssalamualaikum..peace out .. :D
Saturday, 25 February 2012
huish..
ASSALAMMUALAIKUM..

Wednesday, 22 February 2012
Kucing Haiwan Yang Bersih !

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?
Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?
Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadis-Hadis Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Tuesday, 21 February 2012
Peperiksaaan
tinggal sehari je lagi periksa nak abes.. aduh.. boleh than jugak la dia punya susahnya.. terbaring ats meja dbuatnya.. tambah plak time jwab soalan yg susah tu mata nk tido.. adoi.. lagi la.. tpi ade best nye priksa ni.. harap-harap la keputusan baik.. masa pendidikan seni tdi cikge geo kata lagi 1 markah je lgi nak dapat A.. wahhh!! bangga la jugak walaupun x cukup satu.. hehehe.. pape pun.. x sabo2 nak tunggu keputusan nya nanti..
Kisah Kucing Rasulullah Bernama Muezza
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya. - AANS
Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan
Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan
Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.Ceritanya begini :
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
Monday, 20 February 2012
8 Sebab Mengapa Perempuan Bertudung Lebih Baik

8 Sebab Mengapa Perempuan Bertudung Lebih Baik
1) Tuntutan agama
- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3) Lebih pintar dan tenang
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.
5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)
-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)
6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.
7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.
8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi
Bagi yang sudah terbuka hati dan menerima hidayah dari Allah untuk bertudung, TAHNIAH
10 Sebab Perempuan Mudah Merajuk

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh mereka dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

P/s : kalau merajuk tuh..jangan la muncung sgt…buruk bebenor rupanya!..ahahha
Nyamuk Gergasi

Nyamuk gergasi yang berjaya ditangkap penduduk Kampung Sumarran di Sulawesi Barat. – AGENSI
POLEWALI – Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.
Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai.
Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.
Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.
“Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini,” katanya kepada news.okezone.com.
Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.
Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan. – AGENSI
Saintis jumpa haiwan seperti udang gergasi

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan haiwan laut dalam seperti udang gergasi di luar pantai New Zealand.
WELLINGTON – Sekumpulan saintis telah berjaya menemui haiwan krustasia seperti udang gergasi pada kedalaman tujuh kilometer (km) di perairan New Zealand dengan saiznya dianggarkan 10 kali ganda berbanding spesies berkaitan yang bersaiz normal, lapor agensi berita AFP.
Haiwan laut dalam yang tergolong dalam kumpulan kategori amphipod itu ditemui ketika satu ekspedisi menuju ke Kermadec Trench, utara New Zealand oleh sekumpulan saintis dari University of Aberdeen dan Institut Penyelidikan Marin NIWA, Wellington.
Haiwan amphipod biasanya membesar sehingga tiga sentimeter (sm).
Seorang penyelidik, Alan Jamieson dari University of Aberdeen nyata terkejut apabila terjumpa haiwan amphipod seperti udang yang bersaiz 28sm apabila dia mengosongkan perangkap di atas dek kapal penyelidikannya.
“Saya berhenti dan fikir apakah benda ini sambil melihat ke arah seekor amphipod yang jauh lebih besar daripada yang pernah saya fikirkan. Ia seperti menjumpai lipas bersaiz satu kaki,” kata Jamieson.
Amphipod lain yang kelihatan seperti udang dan dapat dirakamkan dalam ekspedisi sama tetapi tidak ditangkap dianggarkan sepanjang 34sm.
“Penemuan ini membuktikan bahawa kita hanya tahu sedikit mengenai kehidupan di kawasan laut dalam New Zealand dan habitat yang unik,” jelas ketua saintis NIWA, Ashley Rowden.
Amphipod gergasi sebelum ini pernah sekali dijumpai pada tahun 1980-an.
Ia ditemui di Hawaii, kira-kira 7,000km ke arah utara. NIWA menyatakan ia masih belum menentukan hasil tangkapan itu adalah spesies baharu atau sebaliknya.
Para saintis itu juga mengakui bahawa mereka tidak tahu kenapa hidupan laut dalam boleh membesar dengan begitu besar. – Agensi
Gempar!! Ikan Talapia Kembar Siam

Amat jarang sekali kita menemui ikan yang mempunyai bentuk fizikal kembar seperti manusia. Ikan ini adalah ikan talapia yang mana kedua-duanya mempunyai bentuk yang sama tetapi melekat di antara satu sama lain.
Bila sebut kembar siam mesti kita fikir pasal manusia je kan? Siapa sangka ikan pun ada kembar siam. Ikan pelik ni berusia 8 bulan dan jarang jika kembar macam ni boleh hidup. Ikan pelik ni milik penjual akuarium di Bangkok Thailand. Kembar ikan ini amat jarang sekali ditemui berbanding ikan yang mempunyai bentuk fizikal yang pelik seperti ikan bergigi manusia, ikan bermata dua dan sebagainya. Jom lihat gambar ikan pelik talapia kembar dua ini. – melayukini.net

Subscribe to:
Posts (Atom)